Nonprofit Marketing Immersion
Sokongan akaun pro bono daripada pelajar dan sukarelawan pemasaran digital di seluruh dunia.
Saya sebuah
organisasi bukan untung
Dapatkan bantuan pemasaran
Saya seorang
pelajar/
sukarelawan
Berikan bantuan pemasaran
Saya seorang
penasihat
Jadi penasihat pasukan
UNTUK ORGANISASI BUKAN UNTUNG
Terima bantuan pemasaran tanpa kos untuk organisasi anda daripada pelajar atau sukarelawan yang bertauliah dalam Google Ads
Dapatkan bantuan berkaitan akaun Ad Grants anda daripada sukarelawan yang ditaja oleh penasihat. Ketahui lebih lanjut tentang keperluan program dan jangkaan organisasi bukan untung di sini.
Daftar dengan Google Ad Grants
Terima bantuan amali berkaitan iklan anda
Promosikan pembelajaran berasaskan pengalaman
1. Daftar
Apabila anda sudah bersedia, daftar untuk dipadankan dengan pasukan pelajar/sukarelawan. Nonprofit Marketing Immersion berjalan sepanjang tahun dan tiada tarikh akhir untuk memohon.
2. Padankan dengan pasukan sukarelawan
Sebaik sahaja padanan tersedia, anda akan dipadankan dengan pasukan pelajar/sukarelawan yang telah lulus peperiksaan pensijilan Google Ads dan dibimbing oleh seorang penasihat.
3. Lancarkan kempen dengan sokongan akaun tanpa kos
Sepanjang tempoh kerjasama anda, pasukan pelajar/sukarelawan akan membantu anda melancarkan iklan dan menerbitkan laporan pascakempen dengan syor masa hadapan untuk mengoptimumkan akaun anda.
UNTUK PELAJAR/SUKARELAWAN
Tingkatkan kemahiran pemasaran digital anda dengan pengalaman amali dunia sebenar.
Buat kempen Ad Grants untuk organisasi bukan untung yang memerlukan bantuan bagi meningkatkan kesedaran tentang perjuangan mereka. Ketahui lebih lanjut tentang keperluan program dan jangkaan pelajar di sini.
Sudah berdaftar sebagai pelajar/sukarelawan atau penasihat? Log masuk di sini.
Dapatkan pengalaman amali dengan Google Ads
Kembangkan kemahiran analitis dan perundingan yang berharga
Bantu organisasi bukan untung memberikan kesan yang besar
1. Jadi Ahli Bertauliah
Sebelum anda layak untuk dipadankan dengan klien organisasi bukan untung, anda perlu lulus peperiksaan Pensijilan Carian dan Pensijilan Ukuran Google Ads.
2. Daftarkan pasukan anda
Penasihat anda mesti mendaftar di sini terlebih dahulu. Setelah pendaftaran penasihat anda disahkan dan diluluskan, seorang Kapten Pasukan bagi setiap pasukan perlu mendaftar di sini.
3. Padankan dengan organisasi bukan untung
Google memadankan anda dengan klien organisasi bukan untung dan anda meluangkan masa selama lapan minggu bekerjasama untuk meningkatkan akaun Ad Grants mereka. Latihan dan panduan langkah demi langkah akan membantu anda melalui proses tersebut.
Kisah kejayaan
Lihat cara organisasi bukan untung dan pelajar berganding bahu dalam kempen pemasaran yang berjaya.
-
Rails-to-Trails Conservancy
"Saya berasa kagum dengan tahap perincian dan kemahiran ikhtisas yang ditunjukkan oleh pasukan pelajar kami dalam projek ini. Pasukan ini menambah nilai yang hebat pada usaha kami untuk mempromosikan penggunaan denai dalam tempoh masa kritikal COVID-19 ini" - Frederick Schaedtler, Rails-to-Trails Conservancy
-
Books2Africa
"Kami telah dipadankan dengan pasukan yang sangat membantu dan celik teknologi. Kempen mereka memberikan hasil yang cemerlang dan mereka turut menawarkan sokongan selepas tempoh kempen". - Tonson Sango, Books2Africa
-
Hear No Evil Australian Deaf Dog Rescue
"Pasukan pelajar meluangkan masa untuk memahami misi menyelamat kami dan perkara yang kami perlukan. Mereka membuat kempen yang cukup berkesan dalam meningkatkan kualiti orang yang menghubungi kami, sebagaimana yang benar-benar kami mahukan". - Vicki Law, Hear No Evil Australian Dog Rescue
Peserta Sedia Ada?
Log masuk ke papan pemuka penasihat atau pelajar/sukarelawan anda di bawah. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya dapat mengakses papan pemuka ini jika anda sudah mendaftar.
Ada lebih banyak pertanyaan tentang program ini?
Bilakah program ini ditawarkan?
Program ini ditawarkan sepanjang tahun dan tiada tarikh akhir untuk mendaftar.
Adakah terdapat apa-apa kos untuk mengambil bahagian?
Tidak, Nonprofit Marketing Immersion disediakan tanpa kos sepenuhnya untuk pelajar/sukarelawan dan organisasi bukan untung. Setiap akaun Google Ad Grants organisasi bukan untung dipramuat dengan belanjawan pengiklanan carian barangan sebanyak $329 USD setiap hari.
Bolehkah saya menyiarkan iklan paparan atau video sebagai sebahagian daripada program ini?
Memandangkan program ini menggunakan platform Ad Grants, anda hanya akan menyiarkan iklan carian berdasarkan teks.
Berapakah masa yang diperlukan untuk dipadankan?
Untuk pelajar/sukarelawan: Sila berikan masa selama 7-10 hari untuk dipadankan dengan organisasi bukan untung setelah anda menyerahkan permintaan untuk dipadankan. Sila ambil perhatian bahawa pemadanan adalah berdasarkan ketersediaan organisasi bukan untung dan dalam kes yang jarang berlaku, anda mungkin perlu menunggu lebih daripada 10 hari bergantung pada pilihan bahasa dan zon waktu.
Untuk organisasi bukan untung: Pemadanan berdasarkan kesediaadaan pelajar/sukarelawan dan purata masa menunggu ialah 1-2 minggu.
Apakah persediaan yang anda berikan kepada pelajar/sukarelawan yang baharu untuk bekerjasama dengan klien?
Kami menyediakan kit alat yang menyeluruh untuk setiap langkah bagi proses yang tersedia untuk peserta selepas pendaftaran. Kami juga menawarkan beberapa saluran sokongan untuk peserta program, termasuk Forum Nonprofit Marketing Immersion dan Borang Permintaan Sokongan.
Apakah yang diterima oleh pelajar/sukarelawan kerana mengambil bahagian dalam Nonprofit Marketing Immersion?
Peserta yang melengkapkan semua keperluan program akan menerima Sijil Pelengkapan. Peserta yang memperoleh markah tertinggi daripada klien organisasi bukan untung mereka dalam tinjauan tamat program akan menerima Sijil Pemasar Terbaik.
Berapa lamakah tempoh pelajar bekerjasama dengan organisasi bukan untung mereka setelah dipadankan?
Setelah anda dipadankan, program penuh mengambil masa kira-kira 8-10 minggu dari mula hingga tamat. Tempoh ini termasuk menetapkan dan mengadakan mesyuarat permulaan, masa untuk membuat laporan prakempen, menyediakan dan menjalankan kempen selama 4 minggu, masa untuk membuat laporan pascakempen dan mengadakan mesyuarat penutup.
Saya seorang penasihat/profesor. Bagaimanakah boleh saya daftarkan pelajar saya untuk Nonprofit Marketing Immersion?
Anda perlu mendaftar sebagai penasihat/profesor terlebih dahulu menggunakan pautan ini. Setelah anda disahkan dan diluluskan, Kapten Pasukan anda boleh membuat pendaftaran menggunakan pautan ini. Sila ambil perhatian bahawa bilangan pasukan pelajar lalai yang boleh anda miliki sebagai penasihat/profesor ialah 10 pasukan; walau bagaimanapun, jika anda perlu meminta pasukan tambahan, anda boleh berbuat demikian dengan menyerahkan borang Permintaan Sokongan dan meminta kami menambah bilangan pasukan dalam papan pemuka anda.
Adakah pelajar/sukarelawan perlu mempunyai penasihat/profesor untuk mendaftar?
Pada masa ini, kami memerlukan pelajar dan sukarelawan mendaftar di bawah penasihat atau profesor supaya boleh mengambil bahagian. Penasihat/profesor boleh terdiri daripada mana-mana ahli fakulti berdaftar yang bersedia untuk menaja kerja anda sebagai sebahagian daripada program ini; Nonprofit Marketing Immersion tidak perlu menjadi sebahagian daripada kursus formal.
Saya menghadapi masalah atau mempunyai pertanyaan tentang program yang tiada dalam senarai ini. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan bantuan?
Isi Borang Permintaan Sokongan untuk masalah atau pertanyaan umum program. Kemukakan pertanyaan dalam forum kami. Rujuk Pusat Bantuan Ad Grants untuk pertanyaan akaun teknikal.